Monday, 19 September 2011

YA ALLAH
kubisikkan kisahku hanya padaMU
berharap tidak satu pun yang tahu
dengan namaMU YA ALLAH
aku meminta
jadikan mataku doa
jadikan telingaku doa
jadikan kaki dan tanganku doa
lalu jadikan seluruhku menjelma doa dan biarkanlah setiap esak doaku menjadi puji-pujian kepadaMU

ameen

Ya ALLAH begitu nikmat RahmatMu..
RidhoMu berlimpah Berkah luar biasa..
Ku syukuri segala sesuatua,a..
Dari apa yang ku punya..
Dari apa yang ku terima..
Alhamdulillah..
Ya ALLAH ku tau Kau begitu Agung dan Adil untuk hidup ini..
Terimakaseh..
Amin..


bersujud ku memohon keredhaan-Mu
menadah tangan ku panjatkan doa
lafaz olehku kalimah suci utusan Rasul
mendambakan secebis keberkatan-Mu
moga terbit cahaya pengharapan padaku
meniti arus perjalanan sebuah kehidupan
tiada berkekalan didunia ciptaan-Mu ini
sesungguhnya aku hamba-Mu Ya ALLAH
punyai olehku kekhilafan dalam hidupku
tidak aku sempurna untuk Syurga-Mu
namun aku cuba mendapat Keredhaan-Mu
agar dapat aku dipenghujungnya nanti
melangkah tenang menuju ke Syurga-Mu
dengan kalimah suci "LAILAHAILLALLAH"
Engkaulah Tuhanku Yang Satu YA ALLAH
Tiada selainnya hanyalah Kamu YA ALLAH
~PujanggaCinta~♥
Ya Allah 
kurniakanlah kepadaku kecintaan kepadaMu
kecintaan kepada orang yang mencintaiMu
kecintaan apa saja yang mendekatkan diriku pada kecintaanMu
Jadikanlah zatMu lebih aku cintai dari pada 
air yang dingin


dikedinginan malam ini...
kupanjatkan kesyukuran pada Yang Esa
memberiku harapan dalam kehidupan
suatu sinaran cahaya Keredhaan-Nya
memberiku sebuah kehidupan didunia

kadang alpa aku pada Suruhan-Nya
namun cuba aku mentaati seruan-Nya
mencari Keberkatan sebuah kehidupan
demi keabadian sempurna disyurga

ku pohon keampunan pada Yang Kuasa
moga diampunkan segala dosa-dosaku
dan aku bersujud menyembah Yang Satu
meminta teguhnya Keimanan diriku


Hibur dan junjunglah saudara-saudara dan sahabat-sahabatmu yang sedang sakit..
Berilah mereka canda tawa mu..
Agar mereka tak slalu merasa sakit yg sedang dirasa,a..
Karna membuat orang tersenyum pada orang yang sedang sakit ialah obat bagi,a..
Jenguk dan tengoklah mereka agar mereka senang jua bahagia atas hadir,a dirimu disamping sat ia sedang sakit..
-bhoex-

YA ALLAH
jika aku menyembahMu kerana takut pada api neraka
maka masukkan aku di dalamnya
dan jika aku menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMu
maka haramkanlah aku daripadanya
tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku kepadaMu
maka berilah aku kesempatan untuk melihat wajahMu yang Maha Agung dan Maha Mulia ~Penyair Malam~


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
ku panjatkan doa KepadaMu Ilahi
dari segala yang kurasakan dihati
kekalutan tiada kepastian kutemui
telah ku cuba berusaha mencari
akan jawapan pada keresahan ini

Moga Kau berikan aku petunjukMu
mendekati aku pada kepastian itu
agar dapat aku menemui jalanku
pada kepastian yang kumahu itu
dan terungkai kekalutan dibenakku

AMIN YA RABBAL AL AMIN~

~PujanggaCinta♥
wahai Tuhanku
aku ini tidak pantas menjadi
penghuni syurgaMu
tetapi aku tidak akan kuat terhadap panasnya api neraka
oleh sebab itu terimalah taubatku serta ampunilah dosa-dosaku
kerana sesungguhnya
engkaulah Zat yang mengampuni dosa-dosa besar ~Penyair Malam~