Monday, 19 September 2011

Ya Allah 
kurniakanlah kepadaku kecintaan kepadaMu
kecintaan kepada orang yang mencintaiMu
kecintaan apa saja yang mendekatkan diriku pada kecintaanMu
Jadikanlah zatMu lebih aku cintai dari pada 
air yang dingin


dikedinginan malam ini...
kupanjatkan kesyukuran pada Yang Esa
memberiku harapan dalam kehidupan
suatu sinaran cahaya Keredhaan-Nya
memberiku sebuah kehidupan didunia

kadang alpa aku pada Suruhan-Nya
namun cuba aku mentaati seruan-Nya
mencari Keberkatan sebuah kehidupan
demi keabadian sempurna disyurga

ku pohon keampunan pada Yang Kuasa
moga diampunkan segala dosa-dosaku
dan aku bersujud menyembah Yang Satu
meminta teguhnya Keimanan diriku


Hibur dan junjunglah saudara-saudara dan sahabat-sahabatmu yang sedang sakit..
Berilah mereka canda tawa mu..
Agar mereka tak slalu merasa sakit yg sedang dirasa,a..
Karna membuat orang tersenyum pada orang yang sedang sakit ialah obat bagi,a..
Jenguk dan tengoklah mereka agar mereka senang jua bahagia atas hadir,a dirimu disamping sat ia sedang sakit..
-bhoex-

YA ALLAH
jika aku menyembahMu kerana takut pada api neraka
maka masukkan aku di dalamnya
dan jika aku menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMu
maka haramkanlah aku daripadanya
tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku kepadaMu
maka berilah aku kesempatan untuk melihat wajahMu yang Maha Agung dan Maha Mulia ~Penyair Malam~